Wednesday, 13 January 2016

BAYU BEACH RESORT PORT DICKSON

Assalammualaikum wbt......



Balik dari outstation Sibu....aku diarahkan pulak berkampung kat Port Dickson (PD).....huhuhuh....memang tak duduk diam kat pejabat....ada saja kerja yang perlu dibuat.....kadang aku terpikir....macam mana orang kerja gomen yang dikatakan malas, mengular dan melepak kat luar waktu pejabat??? memang tidak dinafikan ada yang macam tu tapi kalau kerja macam aku ni....memang tak sempat pun nak buat benda macam tu....kadang makan pun tak sempat....bagi yang suka mengular ni...mungkin tak takut dengan balasan Allah SWT barangkali....keberkatan rezeki tu penting.....ehhhh....tapi tujuan utama aku untuk buat entry ni bukan nak cerita pasal mengular ni.....macam menyimpang pulak...hahahahhaa.....




Ok...kita kembali kepangkal jalan.....hahahaha....aku diarahkan untuk menyertai bengkel yang dibuat di PD....kalau ikutkan...memang nak tolak jer....tapi apa kan daya...aku dilantik sebagai ketua pasukan untuk 1 elemen....maka kena datang jugak.....sebenarnya...dah lama sangat aku pegang elemen tu...tahun lepas aku berjaya meloloskan diri untuk tidak dilantik....kerana aku ada tugas lain semasa bengkel diadakan...tapi tahun ini aku gagal meloloskan diri....hahahhaha....tapi sebenarnya aku tolong kawan aku....kesian dia kena carik orang untuk lead elemen perolehan.....maka dengan ini....AKULAH KETUA....muahahhahahahha.....haipppp....jangan riak sangat.....tak ada istimewanya kalau jadi ketua pun....kena pikir lebih daripada orang lain....hihihihi......


Semasa berbengkel kat PD tu kami disediakan penginapan dan makan.....kali ni...Bayu Beach Resort dipilih menjadi lokasi bengkel......ini kali pertama aku duduk kat sini....aku dapat 1 bilik dengan Nadia....mengulangi sejarah kami berbengkel di Lumut dulu seperti aku cerita SINI .......ktorang dapat 1 apartment...2 bilik tidur 3 bilik air.....meh sekodeng bilik tu macam mana......
















Kira luas jugak lah....kalau duduk 4 orang pun sangat selesa.....cuma kusyen sofa dia agak keras sikit....hehehheeh....makanan dia banyak jugak pilihan....dan yang penting pedas...aku suka...hehehehehhe.....





Ini adalah pemandangan kat luar bilik ktorang....boleh nampak laut....dan boleh nampak jalan besar....nak carik hotel ni senang jer...kalau dari teluk kemang...hotel ni kat sebelah kiri....





Haaaaaaaaaaa......nampak tak kegigihan ktorang berbengkel tuh.....masing-masing kena pikir macam mana nak simplified kertas kerja yang ada bagi memudahkan pegawai yang menjalankan tugas...setiap tahun bengkel ini akan diadakan....selain menambah ilmu dan percambahan minda....kita dapat ilmu baru yang sangat berguna semasa menjalankan tugas.....tapi sangat geram bila orang lain senang-senang cedok idea ktorang dan dilabelkan sebagai idea diorang....sedangkan ktorang bekerja berhempas pulas pagi petang siang malam perah otak....sungguh tidak adil kan....sedihhhhh....apa-apa pun...sangat puas hati dengan hasil bengkel kali ini...banyak benda yang aku cadang untuk gugur bertahun lamanya akhirnya berjaya digugurkan pada bengkel kali ini......yahooooooooooooooo....hahhahahaha....




Autopublish : 13.01.2016   1130 am








20 comments:

  1. salam singgah sementara tunggu waktu lunch..seronok gak sekali sekala sertai bengkel..

    ReplyDelete
  2. bestnya kerja macam deanna...bekerja sambil makan angin..huhu

    ReplyDelete
  3. Bayu beach x best... huhuhu... menyeramkan...

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah apa yg deanna nak sudah tercapai dlm bengkel tu, smg lebih senang tugas nk diselesaikan nnt inshaaAllah..

    ReplyDelete
  5. saya tgk my kakak kerja gomen pun byk kerja ... kesian sbb kenaikan yg dijanjikan thn lepas x naik , thn ni byk pemotongan katanya . x de peruntukan utk itu dan ini ... hohohoooo

    ReplyDelete
  6. memang tak dinafikan ramai juga kakitangan kerajaan yang rajin dan tak mengular macam kak Deanna tapi yang suka mengular tu la yang menyebabkan imej kakitangan kerajaan menjadi buruk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini namanya kerana nila setitik..rosak susu sekawah huhuhu

      Delete
  7. Memang gigih berbengkel nampak gayanya. Lepas ke PD, di mana lokasi outstation seterusnya, Sis D?

    ReplyDelete
  8. Sambil menyelam minum air la. Heheh

    ReplyDelete
  9. satu yang saya perasan kerja DM ni
    banyak berjalan walau atas nama kerja
    pedulikan apa orang cakap
    kita tahu apa kita buat =)

    ReplyDelete