Assalammualaikum wbt...
Begitu pantas masa berlalu...tanpa aku sedar..sudah berada di penghujung Februari....rasanya bulan Februari ni..bulan paling sibuk untuk aku....kerja aku makin melambak...belum selesai kerja dalam tangan...datang pulak kerja yang lain....bertimpa-timpa....kadang lunch pun aku terlepas...dah tak selera nak makan....kadang breakfast pun tak ada....
Kalau aku senaraikan kerja dalam tangan..rasanya...mau kebas jari aku nak menaip....entry ini aku tulis...semata-mata ingin melepaskan tekanan yang aku sedang lalui...report kajian aku belum selesai...terpaksa berhenti di separuh jalan kerana memberi peluang untuk melaksanakan tugas yang lebih URGENT....sedang elok buay kerja yang URGENT ni...datang pulak kerja yang lain...yang sama level of priority...iaitu..menyemak laporan kajian pasukan yang lain...kali ini 3 laporan kajian yang aku kena semak...bukan setakat gaya bahasa..tapi yang paling penting...isu yang dibentangkan dalam laporan tersebut...sebelum nak menyemak..kena membaca..memahami dan beri pandangan....ia bukan tugas yang mudah...memerlukan tumpuan 200%...dan laporan tu bukan sekadar 2@3 mukasurat...kadang boleh mencecah 50 mukasurat....namun aku tiada pilihan....maka terpaksa laa aku pikul kedua-dua tugas berkenaan...walaupun beban dibahu makin berat....
Di saat bahu aku dah makin senget dengan beban tugas...didatangkan pula satu tugas yang lain....aku adalah insan terpilih....sepatutnya perkhabaran tugas itu mampu membuatkan aku tersenyum lebar..namun bila megenangkan beban dibahu....aku belum mampu untuk tersenyum...aku tak nafikan tugasan baru ini..memang menjadi idaman rakan-rakan di jabatan aku ni...kerana ia adalah mungkin peluang sekali seumur hidup...namun perasaan aku masih bercelaru.....andai aku tolak...nanti orang kata aku tak bersyukur...pantas aku ambil pendekatan bahawa...inilah cabaran yang perlu aku tempuhi....maka aku pikul juga tugasan itu dengan hati terbuka....dan percayalah....tekanan yang aku hadapi sekarang ini tidak terkata...hanya Allah SWT sahaja yang tau apa yang aku rasa....biarlah orang nak kata apa...yang penting aku cuba menjalankan amanah yang diberi dengan sebaik mungkin.....semoga cabaran ini membuatkan aku tersenyum bila mengenangkan kembali di suatu masa kelak.....
Dan aku....masih serabut...berselirat...dengan beban tugas....semoga Allah SWT mempermudahkan urusan aku...aminnnn....entah kenapa tetiba air mata aku mengalir....sebik sahaja aku menulis entry ini.....mungkin ini lah caranya untuk tekanan yang aku hadapi ini menghilang sedikit demi sedikit tanpa dikesan...moga ia hilang dengan pantas....
DEANNA......SILA KUATKAN DIRI DAN SENTIASA TABAH MENEMPUHI DUGAAN INI.....
Sekian....terima kasih kerana sudi membaca luahan aku ni.....