Showing posts with label kejiranan. Show all posts
Showing posts with label kejiranan. Show all posts

Wednesday, 5 August 2015

HARI RAYA AIDILFITRI 1436H : BERAYA SAKAN

Assalammualaikum wbt....


Kalau cerita bab raya ni kan..tak sah kalau tak cerita pasal berkunjung ke rumah sanak saudara...makan-makan....sembang-sembang....duit raya....kannnn??? Beraya di kampung aku ni tak jauh beza dengan kampung-kampung korang semua....cuma menu raya mungkin berlainan....hihihihi


Kalau kat Sarawak....menu paling utama....tak lain dan tak bukan...Kek Lapis Sarawak....ada macam-macam jenis kek lapis yang ada....dengan nama-nama yang kadang tak tercapai akal aku...hahhahaha....antara yang popular tahun ni....kek selipar jepun...kek lumut cheese...kek tembikai cheese....kek coklat cheese...dan macam-macam lagi....meh aku kongsikan jadual aktiviti aku semasa raya...hehehehehe...



Friday, 27 February 2015

SILA JADI KONTRAKTOR BERTANGGUNGJAWAB !!!!




Assalammualaikum wbt...

Ktorang dah pindah kat taman perumahan sekarang ni since awal tahun 2012....lepas kawen...ada rezeki dapat beli umah dengan harga yang amat patut...kiri kanan..ada jiran..tapi betul-betul belakang umah aku ada rumah yang tidak berpenghuni (rumah A)....aku dimaklumkan umah tu memang tidak pernah diduduk sejak perumahan tu siap...perumahan aku ni dah lebih 10 tahun  dah kot...sebelah umah kosong tu ada 1 umah yang tidak berpenghuni jugak (rumah B)...namun umah tu pernah ada orang duduk sebelum ni coz masih ada compressor untuk aircond...nampak ada langsir..peti ais..aku tertengok coz pintu dapur umah tu dah buruk..so terbukak sikit...umah tu dah dekat 5@6 tahun jugak la kosong...so boleh bayangkan la kan keadaan umah tu macam mana....nak di jadikan citerrr....



Monday, 29 December 2014

DUGAAN UNTUK KITA SEMUA

banjir kelantan
Sumber Gambar dari Utusan 

Assalammualaikum wbt...

Sedih rasa hati bila tengok gambar-gambar dan video mangsa banjir yang dikongsikan di media sosial...sampai aku tak sedar air mata mengalir...terutama bila tengok orang-orang tua...anak-anak kecil yang terpaksa tinggal sehelai sepinggang demi menyelamatkan diri daripada banjir...aku pernah tengok gambar mangsa banjir yang terpaksa pindah di atas bukit...dan air naik semakin menghampiri diorang...tak dapat aku bayangkan kalau paras air makin naik...kemana lagi yang diorang harus pergi..dengan keadaan yang tinggal sehelai sepinggang macam tu....dan semua tempat tinggi telah tenggelam...besar sungguh dugaan yang Allah SWT berikan kepada mereka...(T__T)

Sunday, 14 December 2014

FROM SIBU WITH LOVE....PART 2



Assalammualaikum wbt...

Aku sambung balik citer aku...aku dan en suami bergerak ke kampung aku dari bandar sarikei...tempoh perjalanan dalam 1 jam...sebelum terlupa..ada rakan-rakan tanya..kampung aku kat mana...awak..awak..awakk kat mana?? Haahhaahah...kampung aku nun jauhh dihujung jalan...kampung kabong nama diberi...terletak di ujung bahagian betong...di daerah saratok....haaaa...penah dengar?? Kampung aku majoriti 90% melayu...perkampungan nelayan..terletak di muara sungai...


Thursday, 10 January 2013

KERANA DUIT....

Harian Metro Online


MasyaAllah...macam-macam laa orang buat kerana duit...leh lak men tipu-tipu masuk Islam kerana duit....punya laa besar kuasa duit samapi boleh wat niaga akidah....yang sedihnya salah satu surau yang kena tipu tu...dah dekat ngan kejiranan aku....semoga Allah membuka pintu hati mereka ke jalan yang benar...

Sunday, 6 January 2013

TOLONGGGG....UMAH BERASAP.....


Suspen jerrr kannnn.....hehehehehehe....semalam balik dari menyoping...aku baru ingat nak wat  projek Karipap Frozen....tetiba terdengar pengumuman dari Pejabat Kesihatan Daerah Sepang mengenai fogging....so aku dengan en suami kena keluar dari umah...kalu tak mau lemas dalam asap tuhhh....

Memandangkan aku kena wat karipap frozen maka aku terpaksa wat time malam coz hari ahad aku nak wat Durian Crepe...haaaa....padat gilerrr jadual aku nihhh...nanti aku post pasal citer wat karipap dan durian crepe tu yeee....

Thursday, 3 January 2013

KORANG NAMPAK TAK???


 Korang nampak tak pe yang ada dalam gambar ni??? Tak nampak ehhh.......tak pe...aku bagi yang terang sikit yeeeeeee..............


Taraaaaaaaaaaa.....nampak??? Nampak tak kete comel yang parking kat luar gate umah aku nihhh?? Kete ni jiran sebelah umah aku nyeee.....comel kann??? tapi bukan kecomelannyaa yang aku nak citer...per yang aku nak citer adalah.....kete comel ni selama ini sentiasa.....aku ulang yeeee....SENTIASA.... parking kat situ dengan harapan kete berkenaan tidak menghalang kete jiran aku yang satu lagi tu kuar masuk parking kt car porch dia....MASALAHNYAAAAAA....kete parking luar gate ni..dah amik ruang yang agak banyak untuk ruang masuk ke umah aku.....menghalang kitaorang untuk kuar masuk parking kat car porch aku....adil tak??? semua ni menyenangkan dia tapi menyusahkan aku...maka terpaksa laaa kete kitaorang yang lagi satu parking di luar laman yang agak jauh dari umah aku...

Aku ingat nak mintak dia jelaskan separuh cukai pintu umah aku nih..coz dia dah guna hampir separuh pintu umah aku....baru adil kannnnnnnnnnnnn???????? Arrrgggggghhhhhhhhhhhhhhhhhhh.......Astaghfirullah.....

Wednesday, 2 January 2013

AKU KEJAR ANJING......UPDATE

ehsan Google

Aku kejar anjing???? haaaaaa....larat ker nak kejar??? mengah koooooo...hahhahahaha....

Alkisahnya...bila jiran depan umah aku ni bela anjing...pastu anjing nya dibiarkan berkeliaran tanpa diawasi...maka anjing itu pon berjalan-jalan sambil menyanyi lagu gangnam style...ehhh silap...menyalak dengan merdu sekali....sekali-sekali anjing berkenaan menyapa penduduk yang lalu lalang dengan begitu ramah sekali..maklumlaaa...baru pas wat ramat tamah krismas...agaknya itu yang dipikirkan oleh tuan anjing ni barangkali...

Aku tak marah kalu jiran tu nak pelihara anjing...tapi kena laa jaga adab dan sopan..kita ni hidup dikalangan masyarakat berbilang kaum dan agama....seharusnya kita perlu hormat menghormati antara satu sama lain....kawasan kejiranan aku ni majoriti muslim...maka seharusnya pemahaman mengenai orang islam amat sensitif dengan anjing itu perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia...keperihatinan jiran tetangga mengenai sensitiviti jiran yang lain amat diperlukan. 

Sebagai penduduk disesebuah perumahan...Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPSepang) 2007 dipatuhi dengan sewajarnya. Jangan sampai jiran mengadu kepada pihak berkuasa baru nak amik tindakan...so beringat-ringat laa ye kalau nak ternak ayam itik kat perumahan ni...rujuk dulu peraturan yang sedia ada bagi menjamin kesejahteraan orang lain....


UPDATE.....

Pada 1 Januari 2013 aku telah wat aduan kepada MP Sepang...hari ni 3 Januari 2013 aku telah menerima maklum balas...berikut adalah email maklum balas daripada pihak berkenaan :

Terima kasih di atas aduan tuan/puan.

2. Untuk makluman, aduan tuan/puan telah diterima dan di dalam perhatian /tindakan pihak kami. Tindakan menyiasat aduan akan dibuat dalam tempoh Empat Belas(14) hari bekerja.

3. Sebarang kemusykilan, pihak tuan/puan bolehlah berhubung terus di Unit Aduan Awam di talian telefon: 03-83190200 @ 03-83190300 sambungan 312/430/431 atau faks ke 03-83190220.

Pihak MPSepang ingin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan pihak tuan/puan dan ini akan menjadi satu dorongan kepada MPSepang mempertingkatkan perkhidmatan yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Unit Perancangan Korporat
Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
Persiaran Semarak Api
63100 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

p/s : Aku kena bertenang dalam tempoh 14 hari bekerja. Aku harap anjing itu pon bertenang jugak laa yeeee......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...