Wednesday 18 November 2015

NENOOO..NENOOOO...BOMBA DATANG




Assalammualaikum wbt.....


Tengah aku gigih clear kan email aku...tetiba aku terbuka 1 emel yang aku pernah buat aduan pasal Bomba.....heheheh....bukan niat aku nak memalukan jabatan itu...tapi apa yang akan aku kongsikan nanti hanya sekadar perkongsian untuk semua yang mungkin menghadapi masalah macam yang aku alami....jasa pihak Bomba dalam menjalankan khidmat mereka amat aku hargai....cuma biasa lah kan...kita ni manusia....selalu melakukan kesilapan..moga kesilapan itu nanti akan menjadi pengajaran pada kita semua.....dan kena ingat...kesilapan itu tak semestinya datang daripada pihak yang kita adu dan mungkin jugak daripada kita sendiri....kisah yang aku aku kongsikan ini adalah berdasarkan situasi pada tahun 2012...mungkin terdapat perubahan dalam tempoh berkenaan......

Peringatan : sila baca hingga perenggan terakhir bagi memahami situasi sebenar dan pertimbangan yang wajar adalah diperlukan.



Aduan  Pertama dibuat melalui sistem online di website Bomba SINI
Tarikh aduan : 24 Julai 2012


Pada 7 Julai 2012 kira-kira pukul 3 petang, saya menaiki kereta melalui Balai Bomba Hang Tuah, Kuala Lumpur untuk menuju ke arah Jalan Dewan Bahasa. Saya berhenti di lorong paling kiri betul-betul di depan lampu isyarat depan Balai Bomba Hang tuah untuk menunggu isyarat lampu hijau. Tidak sampai 1 minit berada di situ, tetiba terdengar bunyi siren bomba menandakan terdapat kes kecemasan yang memerlukan pegawai bomba bergerak pantas ke tempat kejadian. Terdapat 2@3 kenderaan bomba (lorong kanan) yang cuba untuk mencari ruang di jalanraya kerana kenderaan di atas jalan pada ketika itu adalah sesak. saya cuba sedaya upaya memberi ruang agar kenderaan bomba ini boleh bergerak di lorong tengah. Bagaimanapun, saya tidak mampu bergerak lebih ke depan kerana kenderaan yang lalu didepan saya adalah bertali arus dan kenderaan yang berada di jalan bertentangan (isyarat lampu hijau) enggan memberhenti kenderaan menyukarkan saya untuk bergerak ke hadapan menyebabkan saya terpaksa untuk tidak bergerak (sedangkan pada masa itu kenderaan saya sudah berada di laluan bagi kenderaan dari arah Jalan Maharajalela). Setelah beberapa minit, beberapa kenderaan telah bergerak ke kanan mengikut arah kenderaan bomba dan seterusnya menyebabkan kenderaan bomba berkenaan bergerak dan apa yang menyedihkan saya adalah salah seorang pegawai bomba dalam kenderaan bomba tersebut telah menunjukan isyarat tangan dan marah kepada saya kerana tidak bergerak lebih ke depan. Saya percaya pegawai berkenaan memang berdedikasi untuk menjalankan tugasnya sehingga bertindak sedemikian rupa. Saya tidak minta untuk diberi penghormatan atau sebagainya. Namun sedikit kesal kerana saya tidak mengetahui tindakan yang sepatutnya yang perlu saya ambil dalam situasi seperti ini. Apa yang menjadi kemusykilan saya ialah : 

1. Bagaimana harus orang awam seperti saya bertindak dalam situasi ini? 

2. Adakah perlu saya meneruskan kenderaan saya sedangkan kenderaan di depan saya tidak memberhentikan kenderaan masing tanpa perlu risau dengan keselamatan diri sendiri? 

3. Apakah kaedah yang dilaksanakan oleh pihak Bomba untuk memberi kesedaran kepada orang awam mengenai tindakan yang sepatutnya di ambil oleh orang awam dalam situasi tersebut? Sekiranya tindakan kesedaran kepada orang awam telah dilaksanakan, maka memang wajar tindakan pegawai bomba berkenaan marah kepada saya kerana tidak bergerak ke depan. 

4. Nyatakan sumber yang orang awam boleh rujuk untuk melihat prosedur/kaedah pengendalian kes kecemasan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bagi menambahkan kesedaran tanggungjawab orang awam apabila menghadapi kes kecemasan.

Akhir sekali, saya mohon maaf sekiranya tindakan saya pada ketika itu tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak Jabatan Bomba. Saya juga berterima kasih kepada semua kakitangan Bomba yang senantiasa memberi khidmat.




Aduan Kedua 
Tarikh Emel :  2 Ogos 2012

Saya telah membuat pertanyaan mengenai tindakan apabila siren kenderaan BOMBA berbunyi pada 24 Julai 2012. Bagaimanapun, saya belum mendapat penjelasan mengenai pertanyaan tersebut. Saya juga difahamkan bahawa pihak tuan perlu menjawap pertanyaan dalam tempoh 3 hari bekerja. Sehubungan itu, saya ingin mengetahui status pertanyaan saya yang lepas. Kerjasama pihak tuan dalam menjelaskan pertanyaan saya amatlah saya hargai dan didahului ribuan terima kasih. Berikut saya kemukakan semula pertanyaan asal saya untuk rujukan pihak tuan.

" Pada 7 Julai 2012 kira-kira pukul 3 petang, saya menaiki kereta melalui Balai Bomba Hang Tuah, Kuala Lumpur untuk menuju ke arah Jalan Dewan Bahasa. Saya berhenti di lorong paling kiri................................"





Maklumbalas daripada pihak Bomba
Tarikh Emel :  2 Ogos 2012


Q/178/2012: TINDAKAN APABILA SIREN KENDERAAN BERBUNYI

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia,

Puan,

Dengan segala hormatnya saya diarah merujuk kepada perkara di atas adalah berkaitan.

2. Pihak jabatan berasa amat dukacita diatas perbuatan yang ditunjukkan oleh anggota terbabit. Kami percaya tindakan tersebut adalah kesan daripada semangat anggota terbabit untuk bertindak segera terhadap penggilan kecemasan yang diterima, namun surat peringatan akan dikeluarkan kepada pegawai terbabit supaya kejadian yang menimpa puan tidak akan berulang pada masa hadapan.

3. Untuk makluman puan, orang awam adalah dinasihatkan untuk memberi laluan kepada kenderaan kecemasan yang memasang siren seperti polis, ambulan dan bomba sekiranya laluan terbabit betul-betul selamat. Walau bagaimanapun tindakan puan seperti yang dinyatakan adalah wajar pada situasi tersebut kerana puan tiada pilihan lain memandangkan telah dihalang oleh kenderaan hadapan.

4. Pihak jabatan merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih di atas pengajaran yang diterima. Semoga dengan apa yang telah dilaporkan, dapat dijadikan pengajaran pada masa hadapan untuk meningkatkan perkhidmatan yang diberikan kepada orang awam.

Segala kesulitan yang timbul berhubung perkara ini amatlah dikesali.

Sekian

-tt-
MOHD AZUAN BIN ABU HASSAN
b.p Penolong Ketua Pengarah
Bahagian Pengurusan Korporat
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia  







Bagi yang gigih  baca sampai habis...tahniah aku ucapkan....moga kalian dapat manfaat daripada pengalaman aku ni....moga ini menjadi pengajaran pada diri kita sendiri....cuma aku ingin berpesan...sekiranya kita perlukan penjelasan dari mana-mana agensi Kerajaan, silalah guna saluran yang betul.....dapatkan dulu kesahihan dan elakkan untuk viral kan situasi yang kadang-kadang tidak tepat....kalau guna saluran yang betul pun tidak di endahkan then baru pikir cara yang lain....kalau nak viralkan tidak mejadi kesalahan kalau isu yang dibangkitkan adalah benar dan tepat...takut nanti...akan balik semula kepada kita....benda yang tak betul akan menjadi fitnah....seeloknya kita cari jalan penyelesaian yang sebaiknya.....


Psttt....aku tengah godek emel yang aku pernah hantar kat PTPTN suatu ketika dulu....ada yang berminat nak tau tak apa yang aku adu??? hahahhahahahahah....



 Autopublish : 18.11.2015   11.30 am






















52 comments:

  1. Gigih baca sampai habis hihihi

    Lama tak singgah blog kak D ni maafkan ekin ya..

    Kita boleh hantar email kat diaorg ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. xpe ekin...bila free bru leh singgah kan...hihih

      Delete
  2. Gigih juga baca sampai habis... Hu hu hu... Yang PTPTN tu pula apa cerita?

    ReplyDelete
  3. pulon mummy baca... tak toleh kiri kanan dah..

    ReplyDelete
  4. Tapi kalo mummy kat situasi Deana pun kelam kabut..macam diluah mati mak ditelan mati bapak... tak bg laluan nanti kena marah, kalo lalu gak..salah aribulan nyawa lak melayang..hadoiii...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaa...serba salah kan...niat mmg nk tolong tp keselamatan diri pon perlu diutamakan

      Delete
  5. Siap habaq reply 3 hari bertugas.. on the spot dia balas.. hahahaha baguih na!

    ReplyDelete
  6. Kakak rasa pihak atasan serba-salah nak jawab pertanyaan itu sebab itu dia reply lewat. Malu satu hal. Habis kalau kenderaan depan kita tak buat apa-apa tak kan kita nak teruskan kereta kita. Dia sendiri pun kena fikir...

    Macam-macamlah manusia ni Deanna. Sabar ajelah kena marah tu. Kelak di padang mahsyar dia sibuk nak cari Deanna mohon maaf.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kak zakie....benda dh lepas kan...jdkan pengajaran jer lah kan hihihi

      Delete
  7. ok Deana..godek jgn tak godek.. maybe bole jadi rujukan buat pembaca blog yg lain.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgh menggodek lagi nih...harap2 jumpa...hahhaha

      Delete
  8. Berjaya baca sampai habis! Kalau semangat sangat pun,..tak yahlah tunjuk jari, bang. Tak macho! ;)
    Tapi surat maklumbalas bomba tu berhemah hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe....bila kenang balik mcm lawk pun ada....bila baca respon diorg rasa sjuk lak hati hehehe

      Delete
  9. bagus ni menggunakan saluran yg betul..

    ReplyDelete
  10. Fuh..berjaya baca smp habis. Setuju dgn deanna jgn cepat melatah dan gunakan saluran yg betul..nk tau jg isu ptptn..ptptn on going byr but blom selesai lg. Smg dpt byr lumpsump satu hari nnt insyaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy nye PTPTN pun masih tgh byr lgi ni sue hihhi

      Delete
  11. deanna xslh..bomba2 xslh..yg slh org awam yg buat xreti bila ada kecemasan..

    ReplyDelete
  12. Bagus juga kan terus tanya pada pihak yang berkaitan..kita pun puas hati..

    ReplyDelete
    Replies
    1. supaya xtimbul kekeliruan dikemudian hari hihih

      Delete
  13. slmt malam deanna
    neno neno neno ingtkan nemo tdi hehee
    nak tau kisah selanjutnya ni cepattt

    ReplyDelete
  14. hai DM! =D salam kenal.. jumpe kat blog SS... kite parking dlu ye.. nnti kite dtg lagi.. hehe

    ReplyDelete
  15. tiba2 teringat iklan thailand sal beri laluan dkt ambulans.. hehehe

    ReplyDelete
  16. Nasib baik bagi respon positif... Kalau tak.. Fuhh. Haha

    ReplyDelete
  17. Neneeeee neeeenooooo neenoooo! rumah terbakar panggil bomba..bomba datang berlumba lumba..ehh ternyanyi lak

    ReplyDelete
  18. ahaaaa...JM baca dari awal ayat sehingga ke titik terakhir...cap...clap...clap!!! nk tahu kenapa?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahhaha....mula2 baca igtkan dap dap dap...rupanya clap clap clap....keh keh keh

      Delete
  19. mula tu nak marah jugak tindakan pegawai BOMBA tu..pesal lak angkat2 tangan mcm tu..mmg dh x de ruang nk gerak..takkan nak junjung kereta tu kot ishh..kalau ye pun tgk keadaan lah..takkan org awam x faham kalau ada kecemasan like bomba, ambulans or polis

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehhee...jenuh laa nk junjung kete tu kan...kita seboleh2 nk bantu tpi keadaan tidak mengizinkan....

      Delete
  20. JM clap dan puji sikap KD kerana buat aduan tu...yes!!!! buat aduan mengikut saluran yang betul...kalau JM kan x berani...marah dalam diam je lah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahha..JM...ini bukan kali pertama sy mengadu....sebenarnya...byk aduan sy buat kt agensi Kerajaan.....sy merupakan pengadu yang tegar....kah kah kah...tpi semuanya sy guna saluran yg betul@rasmi.....

      Delete
  21. itulah kan orang awam berhak bersuara...jika x mereka akan anggap kita ni x faham...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..kita suarakan menggunakan saluran yg disediakan hihihi

      Delete
  22. kak yan singgah pagi ni..walaupun terasa panjang coretan deanna..akak baca :-))

    ReplyDelete
  23. betul juga tindakan deanna tu buat apa undang bahaya...

    ReplyDelete
  24. ehehehe tudia DM up skali aduan bomba.. ahaha.. tapi dah setel dah kan..
    elok memang apa2 kita adukan saja dulu daripada kadang2 kita viralkan.. dapatkan penjelasan dulu then baru bertindak kan..

    ReplyDelete
  25. hebatlah deanna.... sanggup tulis surat kat bomba... salute u!

    ReplyDelete
  26. gigih jugak baca sebab nk tahu cerita

    ReplyDelete
  27. Perhhh terbaek lah deanne....

    ReplyDelete
  28. Betul tu... if ada apa2 x puas hati... TANYA...
    jangan memandai assume... viral n fitnah.
    Peg kerajaan pun kalo dia salah .. they will admit...

    ReplyDelete
  29. gigih saya baca hingga noktah terakhir tau

    saya sokong cara deanna, cara begini barulah betul
    zaman sekarang ramai sangat suka menviralkan sesuatu isu
    sedangkan tindakan itu dilakukan ketika marah
    cuba bawa bertenang dulu, fikikan rasionalnya tindakan kita tu kan

    apapun keep it up deanna
    saya belajar benda baru pada hari ini

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...