Friday 18 December 2015

KARI KEPALA IKAN TANPA SANTAN


Assalammualaikum wbt....


Rasanya dah lama aku tak update pasal masakan bertemakan kari kan?? Rasa rindu jer nak makan kari....hehehhehe.....tapi rindu telah terubat bila en suami request untuk masak kari kepala ikan.....sejujurnya aku tak pernah masak kari kepala ikan sebab aku tak makan kepala ikan....ehhehhehe....kalau ada orang belanja pun aku amik kuah je....coz aku tak tau kat mana isi ikan tu....aku tak reti nak makan yang ada tulang-tulang ni.....tapi memandangkan permintaan istimewa dari en suami....maka gigih jugak lah aku cari resepinya.....




En suami dapat kepala ikan talang hasil pemberian kawan dia....kawan dia bagi sekali dengan sedikit isi ikan talang....kalau ada isi barulah bersemangat nak masak....hehehehh.....setelah aku tanya pakcik google resepi...maka aku ubah sikit-sikit resepi tu mengikut selera tekak aku....hihihihihi...memandangkan aku mengamalkan gaya hidup yang sihat aku nak buat kari tanpa santan.....hihihihi



Resepi Kari Kepala Ikan Tanpa Santan

Kepala ikan dan isi ikan talang (isi dalam 300g)
3 ulas bawang merah saiz besar (hiris)
2 ulas bawang putih (hiris)
1 batang serai (diketuk)
3 sudu besar cili giling/kering
10 helai daun kari
Serbuk kari ikan secukupnya (aku guna dalam 7@8 sudu besar)
8 biji bendi
2 biji tomato
asam keping
cengkih, kulit kayu manis dan buah pelaga


1. Tumiskan cili giling hingga masak.
2. Masukkan bawang merah, putih, serai, cengkih, kulit kayu manis, buah pelaga dan daun kari kacau sampai naik bau.
3. Masukkan serbuk kari ikan, kacau sampai sebati dan biarkan seketika hingga bertukar warna yang agak gelap.
4. Masukkan air secawan dan kacau hingga naik minyak.
5. Masukkan air mengikut kepekatan yang dikehendaki dan masukkan tomato, asam keping dan bendi sehingga kuah mendidih. Sekiranya nak kuah yang pekat potong dua bendi untuk memekatkan kuah.
6. Masukkan kepala ikan dan isinya.
7. Perisakan kuah dengan garam dan gula dan tutup api bila ikan telah masak.





Dan ini lah hasil kari kepala ikan tanpa santa versi aku.....kuah dia aku bagi pekat sikit dari kuah kari biasa.....rasanya memang sedap hingga menjilat jari.....heheheheh....jangan lupa tau cuba menu nih....gerenti tak menyesal....hahhahahaha....











Autopublish : 18.12.2015  1130 am










19 comments:

  1. Yummm yummmm yummmm! Saya datang bawak mangkuk :)

    ReplyDelete
  2. Inilah hasilnya apabila ratu kari beraksi :)

    ReplyDelete
  3. ahaaaa welcome back DM ngan karinyaaa =)

    ReplyDelete
  4. sedap nampak ni DM..tahniah suka memasak..sejuk hati suami..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi.....moga sejuk hingga ke syurga...aminnnnn

      Delete
  5. Kalu kari kepala ikan tanpa kepala ikan camne? Keh keh keh

    ReplyDelete
  6. Dan camne plak kari kepala ikan tanpa kari? Keh keh keh
    * soklan carik pasal

    ReplyDelete
    Replies
    1. jadi kepala ikan jer laa.....kekuatannya pada kari kah kah kah

      Delete
  7. hi done folo, folo me back ;)

    ReplyDelete
  8. kat umah ni kalau masak kari mmg x de santan n kari dah jadi menu yang kerap ada di meja mkn sbb man in the house sgt suka ... tgk gambar tu pun dah tau sedap ... hohohoooo

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehhee....kari sentiasa di hati...mmg xjemu

      Delete
  9. Ooo mak ckp kari tanpa santan = kari mamak. Ye ke

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...