Monday, 29 December 2014

DUGAAN UNTUK KITA SEMUA

banjir kelantan
Sumber Gambar dari Utusan 

Assalammualaikum wbt...

Sedih rasa hati bila tengok gambar-gambar dan video mangsa banjir yang dikongsikan di media sosial...sampai aku tak sedar air mata mengalir...terutama bila tengok orang-orang tua...anak-anak kecil yang terpaksa tinggal sehelai sepinggang demi menyelamatkan diri daripada banjir...aku pernah tengok gambar mangsa banjir yang terpaksa pindah di atas bukit...dan air naik semakin menghampiri diorang...tak dapat aku bayangkan kalau paras air makin naik...kemana lagi yang diorang harus pergi..dengan keadaan yang tinggal sehelai sepinggang macam tu....dan semua tempat tinggi telah tenggelam...besar sungguh dugaan yang Allah SWT berikan kepada mereka...(T__T)


Pada aku...ini bukan sahaja dugaan kepada mereka yang terlibat dengan banjir...tapi secara tidak langsung juga kepada kita semua ...mungkin kali ini tidak terjadi pada kita atau keluarga kita..masa akan datang kita tak tahu lagi nasib kita....dan masa sekarang pada aku bukan masa yang sesuai untuk menunding jari pada orang lain...apa yang lebih  penting...kita selamatkan dan bantu mereka...kadang aku sedih tengok komen-komen "pahlawan keyboard" di media sosial ni....kutuk dan maki sana sini...inikah cara kita untuk membantu mangsa?? daripada kita kutuk dan maki...baik kita sama-sama bantu...tak ada keupayaan membantu dari segi tenaga....bantu dari segi material...kalau tak mampu..panjatkan doa untuk kesejahteraan mereka..kalau tak mampu jugak...berdiam diri itu adalah lebih baik daripada berkta-kata cacian dan makian....Aku tak menyebelahi mana-mana pihak....pada aku...manusia memang sentiasa ada kelemahan...seharusnya diberi peluang untuk memperbaiki kelemahan tersebut...cuma jangan la amik kesempatan atas kelemahan itu dengan tidak melakukan tindakan sepatutnya...


banjir kelantan
Sumber gambar dari Berita Harian


Aku cukup kagum dengan semangat rakyat Malaysia atas sumbangan yang tidak putus-putus kepada mangsa banjir....Cuma apa yang aku kesalkan..bila aku tengok ada bantuan-bantuan yang diberikan terutama makanan dan keperluan dilabel dengan nama-nama wakil rakyat atau mana-mana parti politik....pada aku..ini bukan masa yang sesuai untuk berkempen...perlu ke kita labelkan pemberian kita tu?? dah lama aku perhatikan..tak kisah laa pemberian itu diberikan kepada bukan mangsa banjir sekali pun....dan yang paling malu untuk aku tengok bila ada YB berposing pulak dengan penerima depan tv atau kamera masa nak bagi bantuan...perlu ke semua ini di kala mangsa banjir dalam kesusahan??? pada aku apa yang penting dalam bersedekah ni..niat kerana Allah SWT...insyaAllah akan dapat keberkatanNya....rasanya tak perlu kita heboh kepada semua orang apa yang telah kita berikan dengan melabelkan pemberian kita tu...takut timbul rasa riak dalam diri kita....tapi aku rasa...ramai yang kejar pujian dari manusia dalam bersedekah daripada mengejar pahala dan keberkatan bersedekah daripada Allah SWT...dan ini laa dugaan paling besar yang kita semua hadapi sekarang ini...moga kita tidak tergolong dalam golongan yang mengejar nama dalam beribadah....untuk peringatan diri aku sendiri...

sekian.....

17 comments:

  1. Semoga yang terbaik aje utk Malaysia....

    ReplyDelete
  2. Betul tu... Setuju dgn entry ni..

    ReplyDelete
  3. kesian mereka kan.. semoga tabah menghadapi banjir

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulaa..harap diorg sentiasa tabah

      Delete
    2. aminn.. semoga bantuan sampai ke sana. jgn melencung ke pihak lain

      Delete
  4. Semoga keadaan akan bertambah baik. Kasihan pada mangsa2 bencana ni.

    ReplyDelete
  5. Saya setuju 100% dengan pandangan akak. Keyboard warrior ni memang suka menunding jari untuk mencari kesalahan dan kelemahan orang lain. Mereka tak membantu pun tapi hanya pandai menulis dan memaki orang dalam media sosial.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tula....drpd dok kutuk org baik kita wat yg termampu utk tlg kann :)

      Delete
  6. oleh kerana simpati denga nasib mereka JM telah meng'oferkan' diri untuk menjadai salah seorang sukarelawan misi membantu mangsa banjir yg akan bermula dari 3- 8 jan 2014. Semoga semuanya success

    ReplyDelete
    Replies
    1. thniah JM kerana sudi menyumbang tenaga....moga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan....aminnnnnn :)

      Delete
  7. masa ni lah kalau nak bersedekah ... kesian mmg tgk mrk . lagi kesian dgn org tua yg berpenyakit dan x larat nak jln ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul...mmg kena amik pluang ni utk bersedekah sebanyak mungkin :)

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...