Wednesday 14 January 2015

KISAH SEDIH SEEKOR KUCING PART 2

Assalammualaikum wbt...

Aku sambung semula citer sedih anak kucing seperti yang aku citer di sini .... ktorang bertiga...pergi meronda kat kawasan bandar baru nilai untuk carik klinik haiwan....atas pertolongan member yang bagi alamat klinik haiwan yang terdekat dengan area umah aku...ktorang akhirnya berjaya jumpa klinik haiwan tersebut...setelah 1 jam lebih melilau mencarik...rupa-rupanya klinik tu kat area yang ktorang biasa lalu...cuma tak tau nama tempat tu apa...klinik tu namanya Klinik Veterinar Muezza....lokasi di cempaka puri, bandar baru nilai....



Ini laa kali pertama aku jejak kaki kat klinik haiwan...masa aku masuk dalam klinik tu...dah de beberapa pelanggan yang sedang menunggu giliran....aku ke kaunter untuk tanya pendaftaran....diorang suh isi kad kesihatan...aku isi nama aku sebagai owner...dan kena letak nama kucing...aiyooooo...ktorang tak rancang nak jaga dia so tak terpikir lak nak letak nama....atas cadangan anak sedara aku letak nama dia ABU....nama penuh KELABU...klasik gitu nama dia....sementara menunggu giliran...sesekali terdengar suara si Abu "menangis"...huhuuhuh....aku sempat jugak snap 2 gambar dalam klinik tuh...

Nampak tak kotak putih tuh..itu laa kotak si Abu...


Setelah menunggu hampir 1 jam lebih...maka tiba laa giliran si Abu...ktorang cakap kat doktor...yang ktoang baru jumpa dia...dan mintak tengok keadaan si Abu terutama matanya....doktor pon tengok mata dia...dan doktor cakap.....

Doktor: kena selsema teruk dia nih...sebab tu mata dia macam ni....saya rasa mata dia dua-dua dah rosak....

Gulppp...tetiba berdegup kencang jantung aku dengar...aku jadi sebak bila dengar doktor cakap macam tu...rasa nak mengalir air mata aku...tapi aku terpaksa tahan...

Aku : Habis tu doktor...macam mana dia nak hidup??

Doktor: Dia boleh hidup...cuma memang kena jaga betul-betul laa..makan minum kena bersuap...dia sama macam orang buta...kalau dah biasa kat tempat tu..dah tak ada masalah...cuma bila dia kecik macam ni memang kena betul-betul jaga...

Aku : sebenarnya umor dia berapa doktor?

Doktor : kalau tengok keadaan dia ni 1@2 minggu...

Aku : Habis tu mata dia tu macam mana doktor??

Doktor : Nanti saya bagi jugak ubat untuk mata dia...pastu kita tengok balik nanti macam mana...

Aku : Nanti nak bagi dia makan apa doktor?

Doktor : Sebab dia kecik lagi so kena bagi dia susu jer...nanti dah umor 1 bulan macam tu baru bagi yang makanan yang lembut...kalau nak beli susu..kita ada jual jugak...


Pastu doktor pon cuci mata dan muka dia...aku tak sanggup tengok...dia macam kesakitan...sedih aku tengok keadaan dia tu...dengan badan yang menggeletar macam tu...dia bunyi jugak bila doktor bersihkan dia..doktor bagi dia injection...tapi aku tak sure injection apa...lagi doktor bagi dia ubat cacing...sebelum tu doktor bagi macam makanan kat dia...semua guna syringe...pastu doktor ajar macam mana nak suapkan dia guna syringe tuh...masa doktor tengah bagi rawatan kat dia kau duduk jauh...coz tak sanggup nak tengok...sedih weiii...sobb...sobbb...sobbb.....



Selesai jer dia dirawat...ktorang bincang...biar laa ktorang jer yang jaga dia...en suami kata...mungkin ini dugaan yang Allah SWT bagi pada ktorang....walaupon ktorang tak ada pengalaman nak bela kucing...ini lah masanya untuk kita merasai pengalaman itu....tak sampai hati aku nak biarkan dia ditinggalkan di pusat jagaan....coz dia memerlukan penjagaan yang rapi...selesai jer semua ktorang cadang nak beli keperluan dia....kos rawatan termasuk susu dalam RM110....mahal ke murah aku tak pasti...dan aku tak kisah pon..yang penting nyawa si Abu...lepas kuar dari klinik tu ktorang singgah ke kedai haiwan....sebelah jer dengan klinik tuh...antara barang yang ktorang beli...sangkar...botol susu...pasir dan bekas letak pasir....semua sekali dalam RM80++....




Selesai beli barang keperluan dia...ktorang pon nak bergerak balik...masuk dalam kereta....mengalir jugak air mata aku tanpa disedari...dah tak leh tahan dah...cuma nanges senyap-senyap jer laa kat belakang....huhuhuhuhu....Sampai kat umah..anak sedara aku siapkan sangkar dia...pastu masukkan dia dalam sangkar tu....melepet dia tido...bila tengok dia tido...tetiba sayu jer hati aku tengok dia....pastu mengalir lagi air mata aku...kalau lama tengok..mau banjir umah aku kang....cuma sekali sekala dia dia terjaga....menangis... kuat  jugak suara dia....anak sedara aku bagi dia susu...tapi dia minum sikit jer..then baru dia senyap...




Sedih betul kisah si Abu ni...aku cuma berharap..mata dia dapat diselamatkan...dan jadual hidup  ktorang pon dah berubah..coz kena bergilir jaga dia...terutama bila esoknya ktorang pegi keje...ada beberapa kekangan yang ktorang terpaksa atasi...nak bawak dia pergi tempat keje...memang tak sesuai...takut menjadi gangguan dan menimbulkan ketidakselesaan kepada orang lain...penyelesaiannye?? ktorang terpaksa berkorban sikit...kena balik umah time lunch untuk tengok keadaan dia....


to be continue......




17 comments:

  1. Bagusnyaa bela kucinyang sakit. Moga2 murah rezeki dan hidup diberkati sebab jaga haiwan ni.

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah.. kdg2 Allah titipkan sesuatu dalam pelbagai cara utk kita tambah pahala dan mengajar kita sesuatu.. saya juga selalu selamatkan stray cats. Ada yg saya bela dari baby dan bg susu botol. dan sampai sekarang dh besar.. nama pun ada yg nama Muezza dan Abu hehehe... Semoga mata Abu tak rosak teruk dan boleh berfungsi walaupun sebelah sudah cukup la.. semoga dimurahkan rezeki sbb tolong anak kucing malang ni.. sedihnyaa.

    ReplyDelete
  3. kucing bawa rezeki . alhamdulillah deanna jaga dia . tak rugi bela haiwan kesayangan Rasulullah ni ... saham akhirat.

    ReplyDelete
  4. sedih baca..dan dalam masa sama sangat bangga dengan anda berdua. Pasti murah rezeki ya..inshaAllah akan ada ganjaran hambaNya yang mem=njaga haiwan kesukaan nabi junjungan...mesti ramai teman blogger nak tengok perkembangan cat ni...namanya bau ke deaana

    ReplyDelete
  5. ala tak berapa nampak pic2 tu lah..line tak power...

    ReplyDelete
  6. raja air mata pula deaana ni...hu terharu..tak sabar tengok si comel ni..

    ReplyDelete
  7. 1 jam menunggu baru sampai turn, mesti ramai 'pesakit' nih :-)

    ReplyDelete
  8. mulianya hati Deanna kerana sanggup menjaga si Abu seperti anak sendiri..amalan yg baik ini akan mendapat ganjarana pahala. In sha allah akan mendapat ganjaran pahala dari Allah nanti. Semoga Deanna di murahkan rezeki amin

    ReplyDelete
  9. Sedih baca cerita ni...smg ada good news mata kucing ni slps bg ubat. Deanna, smg murah rezeki awak sbb tlg jg kucing ni..

    ReplyDelete
  10. terharu + sedih baca entri ni..dengan usia 1-2 minggu tu,memang susu je la yang boleh..;(

    ReplyDelete
  11. bagusnya bw kucing g vet...smg abu sht ya..

    ReplyDelete
  12. ooo dia sbb selsema smpai cm tu ya.. cian abu...

    ReplyDelete
  13. mulianya hati Deanna & hasben. inshaAllah ada ganjarannya nti :)

    ReplyDelete
  14. dapat pahala jaga binatang yg sakit.. sabar ya

    ReplyDelete
  15. Boleh bg detail alamat kedai? Saya cari x jumpa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak..sy xtau detail alamat dia..tp kalau drkota seriemas nk menghala ke bbn..kedai belah kiri...kedai tu bwh mcm rumah flat....

      Delete
    2. Alamak..sy xtau detail alamat dia..tp kalau drkota seriemas nk menghala ke bbn..kedai belah kiri...kedai tu bwh mcm rumah flat....

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...