Ini entry serius !!!!
"Making a million friends is not miracle. The miracle is to make a friend who will stand by you when millions are against you"
Aku ni dijadikan sebagai seorang yang suka berkawan....aku ada ramai kawan....kawan di tadika....di sekolah rendah...sekolah menengah....universiti....di tempat kerja.....dan juga rakan maya.....semua yang berkawan dengan aku....seboleh-bolehnya aku akan jaga sampai bila-bila....dan belum lagi terjadi yang aku berjauh hati dengan kawan-kawan yang ada kecuali satu peristiwa.....pada aku ia sangat-sangat mengecewakan aku...dan kesabaran aku sudah berada dipenghujungnya....selama ini....aku pendam...aku diam...aku masih tersenyum...tapi kali ini sudah tiba masanya aku luahkan kekecewaan aku ni....bukan tujuan untuk mengaibkan tapi sekadar berkongsi rasa pada yang memahami.....
Dia yang aku panggil Miss ABC....adalah rakan baik aku masa sekolah menengah....satu kelas....belajar bersama....bergelak ketawa bersama....tempat aku meminta pertolongan dikala aku kesusahan....pertolongan yang selalu aku minta ialah untuk dia telefon keluarga aku dikampung untuk sampaikan pesanan aku....memandangkan aku duduk di asrama dan dia berulang secara harian dari rumah....selama 2 tahun kami berkawan....tanpa rasa ragu...aku berkawan dengan dia tanpa ada rasa prejudis....walaupun kami berlainan bangsa dan agama...itu tidak menghalang aku untuk berkawan dengan dia.....
Setelah habis SPM...kami masing-masing berjaya menyambung pelajaran di IPT.....dan semenjak itu...aku jarang berkomunikasi dengan dia.....berita yang terkini aku terima mengenai dia....dia sama-sama belajar bersama kawan baik aku dari kecil bernama Miss XYZ.....dan satu hari...Miss XYZ...cerita berkenaan dengan perangai Miss ABC....dan aku tahu Miss XYZ ni bukan spesis yang suka cerita keburukan orang...kerana sejak kecil aku masak dengan perangai dia...apa yang Miss XYZ cerita bukan pengalaman orang lain tapi pengalaman beliau sendiri bila berkomunikasi dengan Miss ABC....dan aku pasti Miss ABC mungkin tidak tau bahawa Miss XYZ adalah kawan baik aku....kerana aku tidak pernah menceritakan mengenainya kepada beliau....masa aku dengar cerita mengenai perangai Miss ABC yang agak "berlagak dan panas baran"...jauh di sudut hati aku memang tak percaya apa yang aku dengar....sepanjang aku mengenali dia...aku tau dia bukan macam tuh...
Cerita Miss XYZ aku pendam sendiri....kerana pada aku...cukup lah aku yang tau....dan tidak ada keperluan untuk aku menceritakan kepada orang lain.....pada satu hari...aku dapat perkhabaran gembira...Miss ABC telah berkahwin dan memeluk Islam...aku tumpang gembira di atas perkhabaran itu....namun episod kekecewaan aku bermula......aku sangkakan aku cukup kenal Miss ABC...rupanya aku langsung tak kenal dia....episod bermula bila aku dan kengkawan sama sekolah menengah berborak dalam group wassap kami....topik pada haritu adalah berkaitan dengan kesihatan dan hospital....macam-macam cerita keluar....termasuklah cerita pasal kemudahan yang ada di hospital.....dan aku pun keluar statement...."peralatan di hopital kerajaan sebenarnya memang lagi canggih dari hospital swasta" itu hakikat yang kita kena terima....jangan tanya aku atas kapasiti apa aku keluarkan kenyataan sebegini...cukup lah kalau aku katakan....aku bekerja dikelilingi oleh kesihatan, klinik, hospital, doktor, jururawat dan sebagainya.....
Rupa-rupanya....Miss ABC sentap dengan kenyataan aku.....tapi pada ketika itu aku tidak tahu dia sentap...hinggalah 2-3 bulan selepas itu....setelah kawan aku Miss DEF mengadu kat aku mengenai Miss ABC....Miss DEF adalah rakan baik ktorang yang sama-sama sekelas masa sekolah menengah...kirannya ...aku, Miss ABC dan Miss DEF adalah kawan baik masa sekolah...sentiasa bersama kemana-mana....dan di saat itu baru aku tau yang Miss ABC mengadu mengenai aku atas sebab tidak sependapat dengan kenyataan aku mengenai hospital kerajaan....aku bukan marah sebab dia tidak sependapat dengan aku....tapi yang aku marah dan kecewa bila dia babitkan pasal anak.....apabila dia keluarkan kenyataan "Kalau canggih sangat hospital kerajaan tu, kenapa sampai sekarang si Diana tu tak ada anak jugak"
MasyaAllah...aku beristighfar bila dia bagitau macam tu....sampai hati dia ungkit macam tu sekali.....kalau orang lain aku boleh terima...tapi dia tu kawan aku...yang aku anggap kawan boleh buat macam tu...padahal dia sendiri pun susah nak dapatkan anak...sepatutnya dia lebih memahami....mengalir air mata aku bila tau dia ungkapkan ayat macam tuh...kadang manusia ni lupa....rezeki anak tu bukan aku yang tentukan...kalau begini la sikap dia....aku tak ralat pun kalau tak ada kawan macam dia.....hati aku ni dah remuk berkecai.....memaafkan dia mungkin aku boleh tapi untuk melupakan tak mungkin....hati aku kalau dah terluka...susah untuk sembuh...dan kepercayaan aku pada dia...telah tiada..Miss DEF pun mengalami masalah yang sama apabila Miss DEF tidak sependapat dengan Miss ABC....dan Miss ABC tuduh Miss DEF tidak open minded sehingga terserempak sambil pegang tangan dia pun dia buat tak tahu....MasyaAllah.....soalannya...siapa sebenarnya yang tidak open minded??? sekarang....aku dan Miss DEF sudah tiada hati untuk berkawan dengan dia....dan aku tak nak amik tahu dah pasal dia....aku doakan yang baik-baik untuk dia....semoga dia bahagia hingga ke syurga....
Autopublish : 30.11.2015 12.30 pm
mula-mula tengok tajuk tak nak baca.. tapi sebankan ni "entry serius", so kene baca jugak sampai habis. hahahhaha...
ReplyDelete**** just kidding
** typo - sebabkan
ReplyDeletesaya tak ada ramai kawan macam deana, tapi kawan saya yang sedikit tu sangat2 bermakna dalam kehidupan saya. dieorang selalu ada masa waktu saya susah,
ReplyDeleteSaya pun macam Intan. Tak ramai kawan seperti Sis D. Tetapi alhamdulillah, yang sedikit nilah tempat mengadu tempat minta tolong bila susah :)
Deletemungkin sebab deana ni "kawan die" kot, sebab tu die keluarkan statement macam tu... (sorry kalau salah)
ReplyDeleteTak apalah kan. Kita doakan moga dia berpeluang utk lebih mendalami Islam. Agar lebih faham apa yang berlaku semuanya 'kerja Tuhan' dan perancangan Allah yg terbaik buat kita :)
DeleteSabar lah Diana. Moga kawan Diana sedar nanti..
ReplyDeleteAduh.....tak sempat nak baca habis,,komen dulu.
ReplyDeleteSabar banyak2 ye Sis D. Kata2 orang sebegini tak layak tinggalkan kesan di hati kita.
ReplyDeleteEhhhh,..baru perasan blog sis dah berwajah baru! Sorry lama tak menyinggah :)
ReplyDeleteSS touch and go dulu... Nti baca... Nada macam serius je....
ReplyDeleteHmmmm.... komplikated.
ReplyDeleteSy doa kn yg baik2 buat kalian ye
sabarnya ya Deanna, rezeki anak itu dari Allah.Maafkan saja Miss ABC semoga beliau mendapat hidayah dari Allah satu hari nanti insyaAllah.
ReplyDeleteMari kita tadah tangan doa mudahan ada rezeki anak... Aaaminnn..
Deletea friend in need is a friend indeed., mugo dipermudahkan ;p
ReplyDeleteSekarang friendship sudah jadi friendshit.. he he he...
DeleteAsalam Deanna..semoga sihat2 ya
DeleteSuatu yg tidak mahu terjadi tapi sudah terjadi
ReplyDeleteMoga kemelut tidak berpanjangan..
sabarlah... huhuhu
ReplyDeleteMiss ABC? Air Batu Campur ke?
ReplyDeleteApa jadi pada OPQ RST UVW? He He He ...
ReplyDeleteSatu je SS nak pesan... Sahabat sejati bukanlah mereka yang memiliki banyak persamaan... Tetapi... Mereka yang memiliki pengertian terhadap setiap perbezaan...
ReplyDeleteMy dear sayang ku Kari... Ambil lah sedikit waktu untuk melupakan... Insyallah.. Yang keruh mungkin akan jernih balik.. Jangan terlalu awal berkerat rotan... Bagi masa kat diri sendiri dulu ok....Mungkin masa yang akan tentukan ke mana hala tuju persahabatan u'ouls...
ReplyDeleteSubhanAllah...tak apa Deanna..biarkan...anggap ini dugaan..dan sakitnya lebih kerana dia kawan kita...sabarlah...
ReplyDeleteoh mai god..ternganga kejap bila saya baca.kalau saya kt tempat DM pun mesti sentap jugak..sabar jelah ye,semoga orang baik macam DM dikurniakan kawan-kawan yang baik dan dijauhkan dari orang-orang yang berniat jahat..
ReplyDeletepengalaman sis lah , zmn persekolahan , kebanyakan sikap kita masih naif dan sangat menjaga persahabatan tetapi bila dah melihat dan masuk ke dunia yang lebih luas melalui menjadi pelajar u , bekerja dan berumahtangga perangai seseorang akan berubah kerana pengaruh persekitaran termasuk orang - orang disekelilingnya, material / harta , jenis pekerjaan dan tahap pendidikan ... itulah manusia ... tak pe diana , ramai lagi insan yg sudi menjadi sahabat ...
ReplyDeletebanyak nya huruf....
ReplyDeletesebab tu kak yan malas nak campur rakan sekolah...sebab macam nilah...sekarang kak yan lebih kepada silent reader...malas nak bagi pendapat..
ReplyDeleteAkak ni pun bukanlah jenis ramai kawan tapi kawan yang boleh dibilang dengan jari itulah tempat untuk bergantung harap. Kalau dikhianati kawan sendiri, memang sakitnya terasa. Akak ni memanglah happy go lucky, ceria memanjang tapi dengan kawan-kawan jarang nak buka habis semua cerita!
ReplyDeleteIni memang sure ke takda orang lain yang tukang tokok tambah di antara Deanna dan Ms ABC tu? Yalah, takut juga kalau-kalau api tu puncanya tak besar tapi ada pulak yang tukang mengapi-apikan sampai terbakar rumah. Harapnya dapatlah hubungan kawan-kawan tu diperbaiki kembali.
Bab anak tu, bukan dalam tangan kita. Semua orang patut tahu. Maknanya kalau kita ni doktor gynae, tentu pastilah kita akan ada anak. Boleh pilih lagi nak 2 lelaki, 2 perempuan. Silap haribulan walaupun kita gynae, pun belum tentu senang nak dapat anak. Statement macam tu memang kurang masuk akal sikitlah pada pandangan akak ni. Just my 2 centslah yerk!
open minded pon kena ada had juga.. jgn smpai kecilkan hati org. sabar lah D mungkin rezeki tak ada lg. smoga terus tabah dgn byk doa. bialah ABC tu
ReplyDelete