Wednesday 2 January 2013

AKU KEJAR ANJING......UPDATE

ehsan Google

Aku kejar anjing???? haaaaaa....larat ker nak kejar??? mengah koooooo...hahhahahaha....

Alkisahnya...bila jiran depan umah aku ni bela anjing...pastu anjing nya dibiarkan berkeliaran tanpa diawasi...maka anjing itu pon berjalan-jalan sambil menyanyi lagu gangnam style...ehhh silap...menyalak dengan merdu sekali....sekali-sekali anjing berkenaan menyapa penduduk yang lalu lalang dengan begitu ramah sekali..maklumlaaa...baru pas wat ramat tamah krismas...agaknya itu yang dipikirkan oleh tuan anjing ni barangkali...

Aku tak marah kalu jiran tu nak pelihara anjing...tapi kena laa jaga adab dan sopan..kita ni hidup dikalangan masyarakat berbilang kaum dan agama....seharusnya kita perlu hormat menghormati antara satu sama lain....kawasan kejiranan aku ni majoriti muslim...maka seharusnya pemahaman mengenai orang islam amat sensitif dengan anjing itu perlu difahami oleh semua rakyat Malaysia...keperihatinan jiran tetangga mengenai sensitiviti jiran yang lain amat diperlukan. 

Sebagai penduduk disesebuah perumahan...Undang-undang Kecil Pelesenan Anjing dan Rumah Pembiakan Anjing (MPSepang) 2007 dipatuhi dengan sewajarnya. Jangan sampai jiran mengadu kepada pihak berkuasa baru nak amik tindakan...so beringat-ringat laa ye kalau nak ternak ayam itik kat perumahan ni...rujuk dulu peraturan yang sedia ada bagi menjamin kesejahteraan orang lain....


UPDATE.....

Pada 1 Januari 2013 aku telah wat aduan kepada MP Sepang...hari ni 3 Januari 2013 aku telah menerima maklum balas...berikut adalah email maklum balas daripada pihak berkenaan :

Terima kasih di atas aduan tuan/puan.

2. Untuk makluman, aduan tuan/puan telah diterima dan di dalam perhatian /tindakan pihak kami. Tindakan menyiasat aduan akan dibuat dalam tempoh Empat Belas(14) hari bekerja.

3. Sebarang kemusykilan, pihak tuan/puan bolehlah berhubung terus di Unit Aduan Awam di talian telefon: 03-83190200 @ 03-83190300 sambungan 312/430/431 atau faks ke 03-83190220.

Pihak MPSepang ingin juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan ribuan terima kasih di atas keperihatinan pihak tuan/puan dan ini akan menjadi satu dorongan kepada MPSepang mempertingkatkan perkhidmatan yang diberikan.

Sekian, terima kasih.
Unit Perancangan Korporat
Majlis Perbandaran Sepang (MPSepang)
Persiaran Semarak Api
63100 Cyberjaya, Selangor Darul Ehsan.

p/s : Aku kena bertenang dalam tempoh 14 hari bekerja. Aku harap anjing itu pon bertenang jugak laa yeeee......

4 comments:

  1. kat sini lak , anjing liar gerak secara berkumpulan ... kekadang mrk kejar kucing tau ...

    ReplyDelete
  2. Anjing dgn tuan anjing sama aje ek... X de otak... Adeiii laaa...

    ReplyDelete
  3. Bagus buat aduan mcm ni... Rasa innnn lorghhh... Ha ha ha... Lama naaa feedback 14 hari... Iskkksss...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...