Tuesday, 22 September 2015

INIKAH YANG DIKATAKAN DISKRIMINASI?

Assalammualaikum wbt....


Walaupun dah berlalu...aku masih nak ucapkan Selamat Hari Malaysia....16 September 2015...sempena tertubuhnya Negara Malaysia....pada 16 September 1963...hampir 52 tahun dah kan....aku bukan nak cakap pasal sejarah penubuhan Malaysia...tapi aku nak cerita pasal masih ada lagi rakyat Malaysia yang tak tahu maksud Malaysia itu sendiri....sedihkan....huhuuhuh



Apa yang aku ceritakan nanti adalah berdasarkan pengalaman aku sendiri...lain orang mungkin lain pengalamannya....pengalaman pertama aku semasa mula-mula menjejak kan kaki aku di semenanjung...secara spesifiknya di Kuala Lumpur pada tahun 1998....untuk mendaftar di UTMKL....masa tu KL adalah satu tempat yang sangat asing pada aku...jakun tak usah cakap la kan...pengalaman yang menarik....cuma aku sedikit terkilan dengan soalan-soalan yang ditujukan kepada aku dari aku mula berada di semenanjung hingga la sekarang....nak tau soalannya???? Antara soalan-soalan yang tak sepatutnya adalah seperti berikut:




Soalan 1 : Datang ke Malaysia ni naik apa?  naik kapal laut ke?

Soalan 2 : Kat Sarawak pakai duit apa?

Soalan 3 : Tak penat ke panjat pokok kalau naik rumah?

Soalan 4 : Seronok ke duduk rumah panjang?

Soalan 5 : Dah lama ke duduk Malaysia?

Soalan 6 : Boleh faham Bahasa Melayu ke?

Soalan 7 : Kat kampung memang pakai cawat ke?


Ini la antara soalan yang pernah ditujukan kepada aku.....kalau korang baca soalan tu semua apa perasaan korang? Penggunaan perkataan Malaysia tu pada aku memang tak sesuai....Sarawak adalah sebahagian daripada negara Malaysia...apa perlunya lagi tanya? kalau makcik dan pakcik kat kampung yang tanya aku tak rasa pelik...tapi yang tanya aku adalah orang yang berpendidikan....mungkin pada dia...yang dimaksudkan sebagai Malaysia tu hanya semenanjung....tapi kalau Sabah dan Sarawak tak join maka tak kan wujudnya Malaysia.... aku sebagai anak jati Sarawak memang rasa tersinggung dengan soalan-soalan macam ni...


Sama juga dengan soalan pasal panjat pokok, rumah panjang, cawat.....apa kau ingat semua penduduk Sarawak duduk atas pokok, rumah panjang dan pakai cawat ke?  dan jangan ingat semua rumah panjang tu buruk......sekarang banyak dah rumah panjang yang lagi hebat daripada rumah-rumah teres dan banglo di bandar...bila aku ditanya pasal guna duit apa tuh....rasa macam speechless....terlalu ceteknya ilmu sejarah orang yang bertanya tu...sampai aku jawab guna matawang pound sterling.....


Pernah suatu waktu dulu....masa tengah belajar...ada kawan aku yang amik kursus pendidikan....sibuk kata tak nak kena hantar mengajar kat Sarawak.....kununnya tak ada kemudahan....padahal tempat yang dicadangkan tu adalah pekan...bukan kat ulu pun...yang paling aku tak tahan bila dia dok kata rumah dia cukup segala bagai...so nanti kalau kena pindah nanti dia tak selesa nak duduk rumah kat sana....aissshhhhh...sedih aku nengok orang macam ni....suka menghakimi tanpa tau keadaan sebenar....kadang nak jer mulut aku cakap...."kalau tengok rumah ko tu...aku rasa rumah aku kat kampung lagi canggih" tapi aku malas nak cakap coz takut kang jadi riak...tapi itu lah hakikatnya....


Kadang orang-orang macam kami ni la yang selalu jadi mangsa...ditanya soalan yang sepatutnya tak perlu ditanya....macam contoh...kenapa nak masuk Sarawak kena ada pass dan sebagainya tapi orang Sarawak masuk Semenanjung tanpa halangan....pada aku...kalau nak tahu kenapa...better kaji balik syarat-syarat penubuhan Malaysia dulu....yang paling penting...SILA CELIK SEJARAH....jangan hanya bangga mendabik dada melaungkan MALAYSIA  kalau belum tahu lagi maksud sebenar....dan soalan-soalan yang tak berapa nak cerdik ni rasanya tak perlu lagi didendangkan...sekiranya masih ada....soalan aku kepada orang yang bertanya.....adakah ini juga dikatakan sebagai diskriminasi terhadap Sabah dan Sarawak??








41 comments:

  1. Sedih kan Deana.....Kita orang Sabah Sarawak ini, mesti biasa dengan pengalaman dan pertayaan2 kurang cerdik tu...memang akk rasa nak ketawa guling2 bila orang tanya camtu...sebab nampak sangat pengetahuan diorang tu macam mana.

    Pengalaman akak plak.
    Dulu selain mas, mana ada flight lain gi sana, dah tentu tiket terhad dan mahal musim-musim raya....ada orang tanya, takde bas ker gi sana....ko bayangkan akk nak jawab aper, sebab nak jaga air muka dia depan orang ramai, akk geleng walaupun mungkin bagi dia sabah sarawak tu terlalu ulu hingga tiada bas yang boleh sampai...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak....sian kita ni kan...tp itu la hakikat yg kita tempuh...sy pun pernah jugak ditanya soklan pasal bas tuh...kdg sy dok pikir perlu x nk jwb....huhuhu

      Delete
  2. Betullah sana ulu dan mundur, jalan x elok, berjalan kaki jauh...tapi kita sejak kecil dah dapat rasa naik kapal terbang....walhal diorang kat sini masih baru nak belajar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. pgngkutan utama kita tu kan kak...hihihi

      Delete
  3. Pasal rumah panjang tu, diorang tak tahu rumah teres itu adalah terjemahan konsep rumah panjang yang ada di sabah sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tuhhh....rumah teres tu sebijik mcm rumah pjg...cuma xbersambung laman rumah jer..

      Delete
  4. Ini semua mentaliti orang tak baca buku ni! Sedih bila memikirkan masih ada rakyat Malaysia yang berfikiran dangkal begini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sy mula2 ditya soklan mcm tu rasa kelu...terkejut coz xsgka ada org tya soklan mcm tuh...

      Delete
    2. Atau ayat mudahnya.... Tara baca punya worang....

      Delete
  5. Dan saya selalu angin apabila orang cakap dan tulis, 'Malaysia,...termasuk Sabah dan Sarawak'. Apa kes nak pisah-pisah? Bagi saya bila dah mention Malaysia, tu kira self-explanatory :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. haah...tu pun yer....ntah pape ntah...bila sebut jer Malaysia...otomatik la termasuk sabah dan sarawak.....sedihkan....huhuh

      Delete
    2. betul tu kakak-kakakku, buat apa nak sebut asing-asing..huhu

      Delete
  6. Pada kakaklah Deana, org yg bertanya soalan begitu mereka masih duduk bawah tempurung lagi. Tak tahu perkembangan sekeliling. Org yg duduk jauh nun di USA, UK pun sibuk masukkan Sabah/Sarawak dalam list pelancungan mereka, tapi kalau duduk di semenanjung tak tahu memang serkupkan aje kepalanya masukkan dlm tong (maaf terkasar pulak kakak jadinya).

    Tapi ada silapnya juga pihak pemimpin atasan yg kalau kita lihat baru ini baru nak explorekan melalui media. Mereka yg memang dah dangkal dan tak ambik tahu akan begitulah jadinya. Semua pihak kena ambil tahu baru seiring tanpa diskriminasi yg sering dilaungkan. Bukan bila org sibuk nak lari baru sibuk nak bagi itu-ini tunjuk kasih-sayang.. harap masih tak terlewat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. gitu la realiti kita skg ni kak...bila dh ada yg nk lari baru la terhegeh2 nk buat sstu...pdahal dah bape tahun memerintah...kalau tgk pembangunan kat sana mmg lembap...tp bila bab kutip hasil cepat jerrr....

      Delete
    2. kadang-kadang hairan..Sabah dan Sarawak negara yang kaya dengan hasil bumi dan pelancongan.patut lagi kaya dari semenanjung, tapi bab pembangunan mereka seolah-olah dianaktirikan. mungkin ada diskriminasi di situ

      Delete
  7. Salam ziarah..

    Semoga perpaduan di Malaysia sentiasa berkekalan.. ;-)

    ReplyDelete
  8. budak sekolah rendah tanya (masa time 1998) tu rasanya boleh dimaafkan.. Ini budak2 sudah matang dan berpendidikan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tulah kan shida, dah beso nanya gitu
      nampak sangat bodohnya

      Delete
    2. QA...yg dh matang tu lom ckup celik sejarah agaknya...

      Delete
    3. jenis yang racist kot, fikiran sempit..

      Delete
  9. saya paham apa deanna alami ni
    kawan saya dulu pun penah kena
    tak tahulah nak kata apa manusia gini
    nak kata bodoh, belajar sampai U
    bengap agaknya kot

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la YY...kdg mls nk layan...tp kalau xjwb kata sombong plak...huhuh

      Delete
  10. Maaf sahabat... SS kurang sihat... Tak mampu pegang gadget lama... Sesak dada... Sempat reserve parking kat sini... Miss u...

    ReplyDelete
  11. Aduh..sabo jela..kalau camtu org tu bkn org mesia kot. Sebab xtau sejarah. Opppsss!!!

    ReplyDelete
  12. Sebab itu SS pelik... Nape orang asik cakap "Termasuk Sabah dan Sarawak"... Perlu ke nak mention kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulahh..xtau nape msti asingkan..padahal..negara yg sama..

      Delete
  13. Soalan tu memang melampau ler... Kalu pelancong yg tanya ok lg... Tapi ni orang negara sendiri... Shame!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kdg xtrcapai akal sy nape masih ada org tya soklan mcm tu..rasa mcm zaman pemerintahan british lak huhuhu

      Delete
  14. Pada tahun 70an, masa bunda berumur 14 tahun bunda satu famili tinggal di Kuching Serawak sebab bapak seorang tentera, posting kat sana...3 tahun bunda bersekolah kat sana...
    Tahun 80an setelah bunda berkahwin dengan tentera juga, lagi sekali bunda berhijrah ikut suami....8 tahun kat sana sampai dapat 2 anak ..

    Adik ipar bunda pula berkhidmat sebagai guru mengajar di Daerah Saratok... Masa tu tahun awal 80an...memang time tu banyak daerah yang masih mundur dan kurang dari segi pembangunan yang canggih2 ...dan prasarana yang moden.

    Tapi tidak sekarang....sekarang Serawak dan Sabah dah pesat membangun dari segi infrastruktur nyer dan pembangunan... Jalan raya dah cantik dan moden.. kawasan pendalaman yang dulu mengguna jalan air/sungai ...kini dah punya jambatan yang cantek dan kukuh.... telah membangun seiring kemodenan negara sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setiap negeri akan mengalami perubahan..cuma pada sy..xperlu la kita berasa riak dgn apa yg kita ada hingga perlekeh kan org lain...dunia ni hnya smntara...hidup bertimbang rasa tu penting...barulah faham erti bersyukur...

      Delete
  15. great entry kak DM! Boleh buka mata ramai orang yang skeptical tentang Sabah Sarawak ni. Apa-apa pun, salam 1 Malaysia!

    ReplyDelete
  16. Mereka tiada ilmu dan cetek sejarah, sabar je la..

    ReplyDelete
  17. - bodoh...ada jgk yg bertanya seperti soalan no 1 tu..ish ish ish..soalan cam budak x sekolah..kalau JM org sblh msia barat tu mmg hangin
    - soalan no 2 tu mcm nk sumbat je kain buruk ke mulut...cam nak cakap ko tak tahu sejarah msia ke..ish geram plak
    - soalan 3 tu buat darah JM mendidih...siapa lah bongok sgt tanya soalan mcm tu..suruh dia pegi sekolah

    ReplyDelete
  18. soalan 5,6,7 tu..ishh..mendidih je dgr..cetek betul ilmu di dada

    ReplyDelete
  19. "soalan aku kepada orang yang bertanya.....adakah ini juga dikatakan sebagai diskriminasi terhadap Sabah dan Sarawak??"

    jawapan kepada org bertanya...jgn lah tanya soalan bengap mcm tu...tolong ergi baca semula sejarah penubuhan msia...sabah dan sarawak semakin maju skrg x spt dulu..itu bukan diskriminasi..tetapi kebodohan ketara org yg bertanya...JM lak rasa mendidih

    ReplyDelete
  20. blh lak org pandai tanya soalan mcm tu . dah mcm katak dok bawah tempurung je ... org sabah n sarawak lagi kaya . balak dan sawit beekar - ekar wooo ...

    ReplyDelete
  21. Tahun 1998 ekin baru tingkatan 1
    hihihi

    ReplyDelete
  22. Terukkan yang bertanya tu xde perasaan langsung

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...