Monday 28 December 2015

AKU TIDAK SETUJU !!!!!


Assalammualaikum wbt.....


Semasa aku bercuti sakan....aku dapat perkhabaran dari pejabat aku.....perkhabaran yang aku tak suka dengar.....macam-macam masalah timbul....isu sumber manusia.....timeline....dan macam-macam lagi.....bila ada perkhabaran macam tu membuatkan aku jadi malas nak masuk semula ke pejabat....tapi apa kan daya....terpaksa juga ku tempuh.....lambat laun aku kena hadapinya juga....seboleh-boleh aku malas nak luahkan apa yang terbuku dalam hati aku mengenai persekitaran kerja aku ni....tapi tahap kesabaran aku pun ada batas nya......




Kadang aku pelik dengan manusia yang hanya pentingkan diri sendiri....dan tanpa rasa bersalah membebankan rakan yang lain.....dan lebih teruk lagi bila sakit...salahkan orang lain sehingga menyebabkan dia sakit....apa makna semua ni?? siapa kau nak menolak ketentuan Allah SWT.....kenapa nak salahkan orang lain?? penyakit itu datang dari diri sendiri.....dari gaya hidup yang tidak sihat.....tapi amat cukup tidak adil orang lain dipersalahkan.....


Selama ini aku hanya memerhatikan dari jauh kemelut yang dihadapi oleh pasukan tersebut....kerana bagi aku....masing-masing dah dewasa dan perlu tahu bekerja secara professional....apa-apa kerja sekalipun....teamwork itu penting.......ketua perlu memainkan peranan....pada aku yang ada sekadar pengalaman yang tak seberapa ini...aku pernah berdepan dengan situasi yang dia hadapi semasa "usia" perkhidmatan aku sama macam dia di suatu ketika dulu....di mana dia perlu mengawal 3 subordinate....dulu masa zaman aku "seusia" perkhidmatan dia...aku perlu mengawal 8 orang....dengan pelbagai ragam....dan alhamdulillah....aku masih boleh "menyelesaikan" masalah dan bekerja secara berpasukan.....dan tiada langsung timbul isu masalah kerjasama...kami boleh bekerja dengan hati yang girang...dan dalam masa yang sama kerja diselesaikan dengan sepenuh hati......


Pada satu ketika dia buang "anak buah" dia....atas alasan tidak mencapai prestasi yang dikehendaki.....dalam masa yang sama dia tidak berpuas hati dengan seorang lagi "anak buah" dia.....aku melihat situasi ini timbul disebabkan kelemahan dia untuk memimpin dan kurangnya rasa kemanusiaan dalam diri dia......orang MC sebab sakit pun dipertikai.....alasan anak sakit pun tidak ada timbang rasa....yang menjadi keutamaan hanya dateline kerja......masing-masing ada kelemahan...baik dari dia atau anak buah dia...tapi masing-masing kena bertanggungjawab dan tidak adil untuk menyalahkan orang lain....gagalnya anak buah maka gagal lah kita sebagai ketua.....sebab itu pentingnya tau peranan....kita sebagai LEADER dan bukan sebagai BOSS......kalau kita leader yang bagus....kitalah penggerak kepada pasukan kita....jangan cuba jadikan kegagalan anak buah sebagai alasan......cuma ketika itu aku hanya sebagai pemerhati....dan tiada kuasa untuk campurtangan.....hanya sekadar mampu mendengar dan memberi pandangan....namun...kali ini...perasaan bengang aku tidak dapat ditahan lagi bila masalah tersebut melarat hingga memberi tempias kepada aku secara langsung.......

Luahan hati aku.....

"Bila dah buang orang...lepas tu sibuk mengadu pasukan kau tak cukup orang untuk buat kerja.....sebab tu kena pikir dulu keputusan....jangan ikutkan sangat emosi dan rasa marah....jangan hanya pentingkan diri....fikirkan jugak kebaikan yang orang lain telah buat dan jangan buang semua kebaikan tersebut hanya kerana kesilapan kecil.....dan yang paling aku marah bila "anak buah" aku dikebas untuk tolong kau sebab tak cukup manpower......adil ke??? padahal kau sendiri yang buang orang dan dalam masa yang sama mengadu tidak cukup orang? apa kau pikir kau yang paling berkuasa untuk pilih-pilih orang yang kau nak? kau ingat kau pilih orang macam kau tengok katalog avon? seolah-olah pasukan aku tak ada kerja dalam tangan sedangkan semua tahu kerja dalam tangan aku masih melambak....apakah kerja kau sahaja yang penting untuk disiapkan terlebih dahulu dan kerja aku ni tidak penting sedangkan dateline kita adalah sama??? Aku cukup marah dengan perangai orang macam ni....bila orang tak ikut cakap kau...kau nak tinggi suara....cuma kau bernasib baik sebab masa keputusan dibuat aku tiada dalam perbincangan tersebut.....kalau tak....aku pasti kau akan dengar suara aku yang terkenal dengan high pitch melontarkan kata-kata bantahan......senior vs junior....dan aku juga bukan macam kau yang suka mengadu domba...kerana aku dulu dididik untuk berdikari semasa mula-mula dilantik bekerja disektor awam...semua benda aku buat sendiri dan cari jalan penyelesaian...dan aku juga pernah bekerja dengan kekurangan manpower yang lebih kritikal dari situasi kau....dan aku jadi amat kental sekarang disebabkan pengalaman yang lalu....kalau nak dibandingkan situasi yang kau hadapi sekarang dengan situasi yang pernah aku lalui....jauh sangat beza....tapi aku tak mudah putus asa dan cuba selesai kan sendiri kerana aku dapat sokongan penuh daripada anak buah yang sentiasa memberi kerjasama yang terbaik....dan itu lah pentingnya kerjasama dalam pasukan....pesanan untuk kau.....sila belajar macam mana untuk jadi pemimpin dan jangan menyusahkan orang lain disebabkan masalah kita sendiri"


Sekian, luahan hati aku...aku mohon maaf kalau ada yang tersinggung...tapi apa yang aku luahkan ini adalah dari lubuk hati yang paling dalam....dan teguran ini adalah ikhlas kepada yang berkenaan....



"Leaders become great, not because of their power, but because of their ability to empower others"





Autopublish : 28.12.2015   1130 am







29 comments:

  1. Kadang- kadang pendapat kita as a support staff ni tak nak di guna pakai kan? itu paling sedih...

    ReplyDelete
  2. betul tu deanna...jika leader itu pandai memimpin pasti yang dipimpin juga akan baik.

    takpe sesekali luahkan perasaan supaya tak terbuku dihati

    ReplyDelete
  3. kalau ketua baik, insha Allah anak buah semua akan ok..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum Deanna...

    Betul tu bekerja bersama adalah bagus...situasi akak pun perlukan kerjasama ramai....sabar banyak2 yer...Insya Allah akan dipermudahkan....

    ReplyDelete
  5. Asalam..simpati pada yang kena macam tu, tak apa ya banyakkan sabar..dia akan sedar tu..bahawa betapa penting nya saling hargai dan hormat orang lain

    ReplyDelete
  6. tak semua ketua dilahirkan utk memimpin..eh!hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Heheheh betul,..ada ketua yang kena dipimpin :)

      Delete
  7. luahan perasaan betul tu ye.. harap2 org2 tertentu tu boleh berubah ke arah yg lebih baik.

    ReplyDelete
  8. Yesza... ada juga makhluk d sini berperangao spt yg tsbt d atas.
    Mncampak staff dia yg x kompeten kt unit org lain... pastu p ngadu domba kt boss ... dan senyap2 suh boss tukar kn staff org lain kt unit dia...

    Ha ha ha... dia kira dia punya kepentingan je...
    Hampeh kuasa 18...

    ReplyDelete
  9. Tapi ada juga projek / team kita gagal sbb mmg anak buah tu hampeh dan mmg layak d singkir kn stlh d beri ruang dn peluang tp hasil nya amat mnyakit kn hati...

    ReplyDelete
  10. Apa pun sy masih ingat pesanan datuk dr. Ismail alias ms kiteorg kursus last year... "A good leader must bring all your team member grow n excel n success together - jgn ada yang tertinggal. Kita bukanlah pemimpin yg bagus kalau kita seorang yang "naik" tapi team /staff kita masih d takuk yg lama...

    ReplyDelete
  11. Good luck deanna...Allah bersama2 org yg benar... Insya Allah.

    Psssttt jgn sampai jd "perang antara galaksi" tau...

    Nnt jd star wars episod 8 pulak...
    Hihihihi...

    ReplyDelete
  12. luahan hati supaya ia mendamaikan

    ReplyDelete
  13. Tajuk bikin kontolbesi... Siap merah2 lg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. harhar2., tertanjat wak baca komen SS yg unik nih ;D kihkih

      Delete
  14. Sakit tu penghapus dosa sendiri.. Nape nak salahkan orang lain plak? Lainlah kalu kita sakit then dosa orang lain pulak terhapus..

    ReplyDelete
  15. Sesi luahan di entry ini, harap2 deanna dah kurang sikit sesak dada dan sakit kepala. Adat bekerja begitulah ada manis dan masamnya. Hadapilah dgn tenang. Smg semuanya baik2 shj.

    ReplyDelete
  16. semoga dipermudahkan semua urusan sis

    ReplyDelete
  17. Jangan sampai meletus perang dlm pejabat pulak Dee..
    Moga ada kesabaran tinggi dlm menghadapi semuanya

    ReplyDelete
  18. SAYA TIDAK TERSINGGUNG. Hehehe boleh tak buat statement begini? ;)

    ReplyDelete
  19. my kakak pun selalu mengadu pasal kes lbh krg mcm ni . Bila kerja bagus nama dia , bila ada masalah salahkan anak buah ... my kakak tembak je berdas-das sbb kesian kat anak buah dia tu ... klu diam , mrk akan pijak kepala ...

    ReplyDelete
  20. amboi lepas geram betul ni....sabo deanna :-))

    meh kak yan babab dia

    ReplyDelete
  21. Ini memang entri melepas geram. Harapnya bila masuk tahun baru, masing-masing cukup arif dengan tanggungjawab kerja masing-masing. Maklumlah dah meningkat setahun usia perkhidmatan katanya. Adatlah bila bekerja makan gaji macam ni, DM. Akak ni dah lama bekerja, pengalaman bekerja pun boleh dibukukan dah. Adakalanya memang kita tak boleh tahan tengok sikap rakan sekerja yang lain tapi orang yang mampu bertahan aje yang mampu mengumpul lebih banyak pengalaman ^_^

    Entri ni mengingatkan akak pada my sister. Bosnya lagi best. Kalau nak cuti, mesti WA gambar dulu. For example katalah emak sakit, kena WAlah mak kat hospital ke apa untuk buktikan memang mak sakit. Punyalah psikonya dapat bos macam ni!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...